Saturday, September 21, 2013

Tips Memilih Warna Baju Pernikahan




Pengantin juga tidak seharusnya bergantung pada warna kulit saja, sebaliknya ukuran badan juga amat penting kerana pilihan warna boleh menyebabkan uolls nampak lebih besar atau lebih kurus.

Warna terang macam kuning atau merah jambu akan menyebabkan pengantin berbadan besar nampak lebih besar tapi warna gelap boleh memberi ilusi yang lebih langsing. Sebaiknya pilih rona coklat, hitam, kelabu       atau perak untuk melindungi kekurangan tubuh.



Pilih rona lembut untuk pernikahan

Untuk pernikahan, sebaiknya pilih rona lembut dan tidak terlalu terang. Putih rona yang biasa dipakai dan warna selamat. Jika inginkan kelainan, pilih warna merah jambu lembut, kelabu, keemasan atau coklat bagi menandakan anda akan menghadapi majlis pernikahan. Warna ini sesuai untuk semua jenis kulit.



Dapatkan panda­ngan perunding majlis perkahwinan

Kebiasaannya apa yang disukai mempelai tidak semestinya cantik pada pandangan mata ramai. Sebaiknya sebelum memilih tema majlis atau menempah baju, pastikan anda mendapatkan pandangan daripada jurusolek atau perunding majlis perkahwinan supaya warna dipilih bersesuaian dengan personaliti anda.

Jangan kerana sukakan sesuatu warna, anda memakainya tanpa memikirkan penampilan anda pada hari bahagia.



Pilih rona sedondon

Kalau uolls sudah menetapkan tema pakaian, pilih rona tudung dan kasut sepadan dan tidak berbeza dengan warna busana bagi mengelak anda nampak janggal pada hari bahagia.

Ada juga pengantin yang ingin memakai warna tudung berbeza tetapi pastikan ia masih di dalam ton warna

yang sama, begitu juga dengan kasut. Ini kerana bagi mempelai yang mengenakan layah, ia cukup menaikkan seri pengantin terutama apabila berjalan memasuki pintu utama dewan menuju ke pelamin.

No comments:

Post a Comment